Taklimat Advokasi di Perpustakaan Desa

29 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

28 Jun 2019 – Pusat Ekonomi Digital Linggi telah menerima jemputan untuk menjadi juri pertandingan pada Majlis Sambutan Hari Raya di Perpustakaan Desa Kg. Pengkalan Durian. Majlis tersebut berlansung selama 3 jam dari pukul 2.30 petang hingga ke 5.30 petang.

Pada majlis itu, Pengurus PI Linggi yang baharu iaitu Encik Aiman Mudzafar telah diberi peluang untuk memperkenalkan diri kepada komuniti kerana baru sahaja mengambil alih tugas pengurus lama yang meletak jawatan dan seterusnya menyampaikan taklimat mengenai E-Sisa (E-Waste) dan Keselamatan Komputer.

Selain itu beliau turut mengambil peluang untuk berkenalan dan beramah mesra dengan komuniti-komuniti yang hadir seperti Ketua MPKK Kg. Pengkalan Durian – Encik Amrun Osman, wakil-wakil agensi, wakil persatuan, ibu bapa dan pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali